Tamrin Qiadi PAS Perak bagi membentuk ruh perjuangan

LENGGONG: PAS Perak mengadakan Tamrin Qiadi Kepimpinan negeri Perak di Maahad Tahfiz Lid Dakwah Wal Imamah, Kampung Luat bermula Sabtu, 21 Januari dan berakhir pada petang Ahad 22 Januari. 

Tujuan tamrin ialah agar ahlinya menghayati dasar perjuangan dan memahami akidah perjuangan Islam sebenar PAS lebih dari orang lain agar, demikian menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Nuh Ahmad ketika merasmikannya. 

Jelasnya, ahli gerakan perlu sabar dalam memahami setiap arahan daripada pimpinan walaupun ada ketikanya ahli kurang mengetahui tindakan politik pimpinan namun kesabaran akan membentuk wala’ kepada perintah yang diberikan.

Nuh berkata, selagimana pimpinan berada di atas landasan perjuangan berikan kepercayaan kepadanya untuk memimpin agar diberikan kekuatan menghadapi cabaran.

“Setakat ini kita masih belum berjumpa mengajak kepada kemungkaran bahkan yang sering diingatkan oleh pimpinan adalah kembali kepada dasar Al-Quran dan Sunnah.

“Bukan kita tidak menerima pandangan atau kajian luar tetapi biarlah ia seiring dengan dasar dan keperluan kita bahkan tidak melanggaar prinsip kita,” ujarnya.

Program selama dua hari tersebut berjaya mengumpulkan sekitar 250 orang pimpinan di seluruh peringkat dalam negeri Perak dan setiap peserta mendapat beberapa pengisian sebagai satu kekuatan untuk terus istiqamah.

Pembentangan kertas kerja oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mahfodz Muhammad serta Amanat Khas dari Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin.

Tamrin Qiadi dibawah seliaan Lajnah Tarbiyyah PAS Perak membuktikan kekuatan tarbiyyah menjadi tunjang kepada jiwa pejuang agama memahami ruh perjuangan Islam hakiki. – HARAKAHDAILY 23/1/2017

Advertisement