Kelantan beri bantuan kepada pondok terbakar

 TUMPAT: Madrasah Al- Badriah Pondok Jal Besar terbakar kira-kira jam 8.00 malam tadi mengakibatkan 44 pondok tempat tinggal pelajar musnah.

Advertisement

Seramai  70 orang pelajar yang menghuni pondok berkenaan bagaimanapun selamat dalam kejadian itu.

Serentak dengan itu Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Mumtaz Md Nawi turun menyampaikan sumbngan mewakili kerajan negeri.

Setiap pelajar mendapat sumbngan kewangan dan pihak pengurusan pondok  RM2,000.

Mumtaz turut mencadangkan supaya JKM menyalurkan sumbngan lagi kepada mangsa-mangsa kebakaran.

Beliau turut mengucapkan takziah di atas apa yang berlaku.

Hadir sama meninjau perkembangan kebakaran, Adun Kelaboran Mohd Zaki Ibrahim dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat,  Hanafi Maulud.

Sementara itu, Mudir pondok itu, Saifulbaharin Che Ali berkata, 44 daripada 100 pondok musnah dalam kebakaran itu.

Katanya, ketika kejadian dia tiada di pondok itu kerana mengajar di Masjid Kampung Delima.

“Saya dapat tahu pondok ini terbakar selepas dihubungi pelajar pondok ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/3/2017