Pemusnahan Masjidil Aqsa satu bencana besar

SESUNGGUHNYA menjadi kewajipan ke atas aku untuk mengingatkan kalian semua tentang kelakuan Israel.

Advertisement

Baru-baru ini, mereka telah mengeluarkan kenyataan bahawa Masjidil Aqsa adalah tempat yang suci bagi orang yahudi.

Demikian menurut Raed Solah, seorang aktivis Al-Quds dalam kenyataan terbaru beliau semalam.

Marah dengan kenyataan Israel itu, Raed Solah berkata, tindakan tersebut membuktikan bahawasanya di belakang penjajahan mereka bermatlamatkan kepada beberapa perkara.

Ulas beliau, antara matlamat utama zionis Israel ialah menjadikan Masjidil Aqsa sebagai hak milik mereka.

“Israel bermatlamatkan penguatkuasaan undang-undang yang tidak sah oleh penjajahan Israel ke atas Masjidil Aqsa. Penguatkuasan dan pelupusan mutlak ke atas masjidil Aqsa.

“Penjajahan ini dilihat seolah-olah menjadikan Irael sebagai pemilik Masjidil Aqsa dan berkuasa sewenang-wenangnya ke atas urusan harian Masjidil Aqsa,” jelas Raed.

Tambah beliau, tindakan itu bermakna mereka cuba memusnahkan nama Masjidil Aqsa dan memusnahkan Masjidil Aqsa itu sendiri.

“Inilah kekhuatiran yang dibimbangi. Kerana pemusnahan Masjidil Aqsa merupakan satu bencana besar.

“Disebabkan itu, aku melihat menjadi kewajipanku untuk aku tanyakan kepada kalian semua.

“Apa yang kalian lakukan selepas mendengar kecaman, kutukan dan tindakan dan kenyataan berani Israel?

“Ketahuilah bahawa Masjidil Aqsa sedang menyeru kita,” seru beliau mengakhiri kenyataan. (ulamasedunia)