SPR jadi alat pertahan kuasa Umno

UMNO tidak mampu lagi menyembunyikan taktik mereka sejak dahulu dengan memperalat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengekalkan kuasa.

Advertisement

Malah Umno menang besar pada pilihan raya umum 2004 selepas berlaku persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Dan terbaru Dun Wakaf Baru yang meliputi Pekan Wakaf Baru dikeluarkan dua Unit Peti Undi (UPU) untuk dipindahkan kepada Dun Pasir Pekan.

Ia meliputi UPU Kota Kubang Labu dan UPU Alor Pasir sekarang berada dalam Dun Wakaf Bharu.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata orang ramai tidak nampak rasional SPR memindahkan dua UPU dalam Pekan Wakaf Baru ke Dun lain.

Katanya, strategi SPR itu secara jelas bagi memberi kemenangan Umno selepas gagal menguasai Dun berkenaan sejak 2008.

“Ini juga membuktikan SPR tidak berkecuali dan bebas dalam membuat keputusan. Situasi tersebut memperlihatkan ia merupakan usaha yang memberi keuntungan kepada Umno,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 8/3/2017