Belum ada rundingan kerusi PAS-PPBM

SEHINGGA sekarang belum lagi ada rundingan pembahagian kerusi antara PAS dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kata Timbalan Mursyidul Am PAS.

Advertisement

Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sehingga hari ini PAS tidak menerima maklumat mengenai perkara tersebut bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Cuma kita diberi laluan untuk bersama di satu pentas bagi menyatakan matlamat perjuangan masing-masing, jadi kita mempertahankan dasar perjuangan PAS.

“Kita boleh bersama sesiapa sahaja sekiranya tidak menyentuh dasar serta prinsip perjuangan kita,” katanya ketika ditemui pemberita pada program pemukiman Menteri Besar di Ketereh hari ini. – HARAKAHDAILY 9/3/2017