Sketsa drama BR1M arahan Umno

PADA tahun-tahun awal pemberian BR1M, memang bila tiba masa nak terima BR1M, penerima akan ingat Umno dan terima kasih Umno walau bukan kesemua penerima begitu.

Advertisement

Akhirnya selepas beberapa tahun pelaksanaan BR1M, yang jadinya bila tiba musim BR1M, penerima cuma ingat bank dan mesin ATM sahaja.

Ini tak boleh jadi! Matlamat BR1M adalah untuk kekalkan rakyat bergantung kepada bantuan tunai kerajaan dan sentiasa berterima kasih kepada Kerajaan Umno/BN yang bagi. Mana boleh jadi akhirnya penerima berterima kasih kepada mesin ATM.

Tahun 2017 ini ramai yang tak dapat. Inilah peluang untuk pemimpin Umno menerima aduan rakyat. Mendengar keluhan rakyat. Acah-acah prihatin dengan kesedihan rakyat. Nak lagi dramatik buatlah sedikit statement bela rakyat. Akhir sekali nasihatkan rakyat supaya buat rayuan.

Saya yakin majoriti rayuan akan berjaya. Lalu terima kasihlah pemimpin Umno yang bantu buat rayuan. Akhirnya rakyat kembali ingat kepada Umno.

Inilah sketsa Drama BR1M arahan Umno. – HARAKAHDAILY 9/3/2017