Pasar Seni di Bazar Tok Guru

KELANTAN mencatat sejarah lagi apabila mewujudkan Pasar Seni Kota Bharu bertempat di tingkat tiga Bazar Tok Guru dekat sini.

Advertisement

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Zulkifli Mamat berkata pasar itu akan menempatkan pengiat-pengiat seni di satu tempat.

Katanya di pasar tersebut juga dicadang diwujudkan sekolah seni bagi mendidik anak muda yang berminat dalam pelbagai seni kraf rakyat Kelantan.

“Pelancarannya akan dibuat sempena Minggu Gerakan Usahawan Kelantan 2017 yang akan diadakan di beberapa lokasi perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke V, Pusat Perdagangan Kelantan, Medan Usahawan dan Bazar Tok Guru,” katanya di sini.

Menurutnya juga ekspo makanan halal pula menawarkan pelbagai pilihan citarasa makanan tempatan dan antarabangsa.

Ia akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV bermula 28 Mac hingga 1 April ini.

Sempena program itu diadakan pelbagai program menarik termasuk 100 gerai jualan produk halal, forum Halal Biz, kelas memasak, klinik usahawan halal, biz matching, demo selebriti chef, pertandingan chef cilik.

Selain itu demontrasi masakan tradisional, forum Food Flotila For Myanmar, persembahan silap mata dan pertandingan mewarna. – HARAKAHDAILY 15/3/2017