Sekalung tahniah buat Raja Muda Selangor

DEWAN Pemuda PAS hari ini mengucapkan sekalung tahniah di atas penganugerahan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged PARA kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibn Sultan Sharifuddin Shah hari ini di Para Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka yang disempurnakan Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim di Dataran Parawood, Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja (RRD).

Advertisement

Kami seluruh ana muda di Negeri Selangor berasa amat berbangga di atas penerimaan anugerah dan sudah tentunya anak muda di Negeri Selangor akan lebih bersemangat serta menyahut cabaran mempertahankan kedaulatan negara sekiranya diancam musuh.

Semoga Allah memberkati penerimaan anugerah ini.

Siru Ala Barakatillah
Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar

Syarhan Humaizi Abd Halim
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
15 Mac 2017 | 16 Jamadilakhir 1438H – HARAKAHDAILY 15/3/2017