Lebih 200 lagi sertai PAS di Kampung Laut

SETELAH bekas Ketua Cawangan Kampung Laut Nordin Adam menyertai PAN, semakin ramai penduduk kampung terbabit menyertai PAS.

Advertisement

Malam tadi seramai 220 penduduk di Kampung Laut bersama Unit Peti Undi (UPU) Bendang Pulau menyertai PAS.

Penyerahan borang itu disampaikan kepada Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada program ceramah di Dataran Purnama.

Sekaligus PAS Tumpat menubuhkan satu lagi cawangan baru yang dikenali Cawangan Kampung Laut Warisan Satu.

Turut hadir pada majlis ceramah itu Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Ketua Penerangan Datuk Nassurudin Daud.

Ribuan penduduk tempatan menghadiri ceramah tersebut sehingga memenuhi Dataran Purnama berhampiran Sungai Kelantan.

Minggu lepas Nordin menyertai PAN sempena program ceramah di kampung tersebut. Beliau difahamkan mempunyai hubungan rapat dengan PAN sejak awal lagi.

Malah pihak yang menentang projek kampung Warisan juga ada kaitan dengan pemimpin terbabit.

Sabtu lepas juga kira-kira 200 anak muda menyerah borang menyertai PAS kepada Ketua Pemuda PAS Negeri Ustaz Ahmad Fadhli Shaari. – HARAKAHDAILY 17/3/2017