30 Tahun Harakah: Medium rasmi dan cakna suara rakyat

harakah

MAC 2017 genap 30 tahun umur penerbitan Harakah. Harakah melalui detik suka dan duka sepanjang penerbitannya sejak 1987.

Advertisement

Pernah disekat penerbitan, digantung, malah berdepan rampasan demi rampasan oleh pihak berkuasa.

Masuk keluar ke kandang saksi, diugut dengan Akta Mesin Cetak dan beberapa kakitangannya pernah dihadapkan ke mahkamah kerana memperjuang suara kebenaran.

Tidak kurang yang turun naik balai polis disiasat, yang ditahan ketika himpunan dan ada yang diugut pelbagai jenis ugutan.

Saya sendiri pernah melalui detik sukar keluar masuk balai polis disoal siasat semasa menjadi wartawan dan kini bergelar ketua pengarang pula dihadapkan dengan pelbagai fitnah mengendali akhbar rasmi PAS ini.

Namun semua itu adalah resam dalam perjuangan. Tidak ada yang mustahil dan tidak ada yang menjadi penghalang.

Harakah melangkah terus memacu suara parti selepas ia diheret dengan stigma akhbar pro anwarisme suatu masa lalu.

Alhamdulillah sejak dua tahun ini ia telah dikembalikan sebagai suara parti.

Dalam meraikan ulangtahun ke-30 ini Harakah sekali lagi berdepan cabaran untuk meningkatkan jualannya.

Diharapkan seluruh ahli PAS dan penyokong serta peminat akhbar ini terus setia memiliki HARAKAH disetiap keluarannya.

Kami di pihak Harakah akan cuba memastikan penerbitannya konsisten dan mencari idea baharu memantapkan persembahannya.

Semoga Harakah akan terus menjadi akhbar nombor satu pilihan ahli PAS dan masyarakat demi mendapatkan sumber rasmi PAS dan isu-isu rakyat yang diperjuangkan.

Membangun Bersama Islam

WAN NORDIN WAN YAACOB
KETUA PENGARANG HARAKAH
24 MAC 2017

Sambutan Harakah 30 Tahun Dilancarkan Sempena ‘Kampung Media’ Di Kampung Bukit Tanah, Jabi, Terengganu.