Transkripsi ucapan sokongan meminda Akta 355

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على
سيدنا محمد سيد الأولين والآخرين ، وعلى آله وأصحابه ومن دعا بدعوته واتبع سنته وسار على منهاجه إلى يوم الدين،

Advertisement

فرض على المسلمين أن يعملوا على تحكيم شريعة رب العالمين تبارك وتعالى في حياتهم السياسية و الاجتماعية و الاقتصادية و الجنائية

1. Menjadi satu kewajipan ke atas umat Islam berusaha untuk berhukum dengan Syariat Allah, Rabb (Tuhan) semesta alam dalam kehidupan berpolitik, bermasyarakat, berekonomi dan perundangan jenayah mereka.

فالله تبارك وتعالى يقول في محكم  كتابه:

فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا (65)

2. Allah Taala berfirman dalam Kitab-Nya bermaksud:

“Maka Demi Rabb (Tuhan) kamu! Mereka tidak beriman sehinggalah mereka menjadikan kamu sebagai hakim pengadilan dalam perkara yang menjadi pertikaian sesama mereka kemudian mereka tidak merasai dalam diri mereka sebarang rasa tidak selesa terhadap apa yang kamu putuskan dan mereka menyerah diri sepenuhnya.” Surah al-Nisa’ ayat 65

وأولى الجهات المطالبة بتنفيذ أحكام الله و شرع الله تبارك وتعالى مجالس النواب في الدول الإسلامية ،

3. Pihak yang paling utama dituntut untuk melaksanakan hukum-hakam Allah dan Syariat-Nya ialah Dewan-Dewan Perundangan Rakyat di negara-negara Islam.

فالنائب باعتباره عضو هيئة تشريعية واجب عليه أن يسعي إلى تطبيق شريعة الله تبارك وتعالى وأن يعمل على تنفيذ هذه الأحكام بعد تشريعها في مجتمعه

4. Justeru, Wakil Rakyat sebagai anggota badan perundangan adalah wajib ke atasnya berusaha ke arah melaksanakan Syariat Allah dan berusaha melaksanakan hukum-hakamnya selepas ianya menjadi undang-undang dalam masyarakatnya.

والله تبارك وتعالى يقول :

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُّهِينٌ

5. Allah Taala berfirman maksudnya:

“Itulah dia batasan-batasan Allah. Dan sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, Dia masukkannya ke dalam syurga-syurga yang mengalir dari bawahnya sungai-sungai dalam keadaan mereka kekal di dalamnya dan itulah sebenar-benar kejayaan besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya dan melampaui batasan-batasan-Nya, Dia masukkannya ke neraka dalam keadaan dia kekal di dalamnya dan baginya seksaan yang sangat menghina.”
Surah al-Nisa ayat 13-14.

وإن شعب ماليزيا  المسلم الذي مضى عليه منذ عهد الاستعمار البريطاني ما يزيد على ستين عاما، هذا الشعب ، نعم ، حقق استقلاله  سنة ١٩٥٧ ، ولكنه يحتاج اليوم إلى خطوة جديدة لتأكيد هذا الاستقلال ، وتأكيد الاستقلال هذا يكون بالتشريع ويكون بتحكيم شرع الله تبارك وتعالى في حياته

6. Rakyat Malaysia beragama Islam yang telah melepasi zaman penjajahan Britain lebih daripada 60 tahun, rakyat Malaysia ini, ya, telah mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, namun pada hari ini ia memerlukan satu langkah baru untuk mengesahkan dan menegaskan kemerdekaan ini. Penegasan terhadap kemerdekaan ini berlaku menerusi perundangan dan menerusi usaha berhukum dengan Syariat Allah dalam kehidupannya.

إن هذا الشعب الماليزي المسلم الذي نراه نصيرا للمسلمين  في قضاياهم في العالم هو شعب بإذن الله تبارك و تعالى يستحق أن يحكم بشرع الله وهذا الشعب هو نصير لكل من ينادي بتطبيق شرع الله

7. Rakyat Malaysia muslim yang kita lihat menjadi penolong dan pembantu kepada umat Islam dalam pelbagai isu mereka di seluruh dunia merupakan rakyat – dengan izin Allah – yang berhak untuk diperintah dengan Syariat Allah. Rakyat ini merupakan penolong dan pembantu bagi setiap orang yang mendendangkan pelaksanaan Syariat Allah.

وإن إخواننا في الحزب الإسلامي الماليزي الذين أكرمهم الله تبارك وتعالى بحمل أعباء هذه الدعوة الإسلامية برئاسة الشيخ عبد الهادي أوانج جزاه الله خيرا هذا الحزب الذي يقود اليوم معركة في البرلمان لتغيير المادة 355 التي تقف عائقا أمام تطبيق بعض الأحكام الشريعة  الإسلامية،

8. Saudara-saudara kita dalam Parti Islam Semalaysia (PAS) yang telah dimuliakan oleh Allah bagi memikul tanggungjawab dan bebanan dakwah Islam ini, di bawah kepimpinan Syeikh Abdul Hadi Awang – moga Allah ganjari beliau dengan sebaik-baiknya -, Parti ini yang hari ini memimpin satu usaha perjuangan di Parlimen bagi meminda Akta 355 yang menjadi penghalang kepada pelaksanaan sebahagian hukum-hakam Syariat Islam,

أقول إن على جميع النواب المسلمين بل وغير المسلمين أن يقفوا مع هذا الحزب لتغيير هذه المادة ولتدرج نحو تطبيق شرع الله تبارك وتعالى كي تنعم ماليزيا بدين الله وبشرع الله تبارك وتعالى

9. Saya menyatakan bahawa : menjadi kewajipan ke atas semua wakil rakyat Islam, malah juga wakil rakyat bukan Islam untuk mengambil pendirian bersama-sama parti ini meminda Akta 355 ini dan juga untuk secara beransur-ansur ke arah pelaksanaan Syariat Allah agar Malaysia menikmati agama dan Syariat Allah.

نسأل الله لهذا الشعب المسلم أن يفتح الله له أبواب الرحمات وأن يجعله الله تبارك وتعالى قدوة لبقية شعوبنا الإسلامية.

10. Kita memohon kepada Allah untuk rakyat muslim ini agar Allah bukakan untuk mereka pintu-pintu rahmat dan agar Allah jadikan mereka sebagai contoh ikutan bagi masyarakat Islam yang lain.

والحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

Sekian.

SYEIKH DR HAMMAM SA’ID
Bekas Muraqib Aam, Ekhwan Muslimin Jordan,
bertarikh Sabtu 18 Mac 2017 – HARAKAHDAILY 29/3/2017

Terjemahan diusahakan oleh:
DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat.

# Dr Hammam Abdul Rahman Said, menjawat jawatan tertinggi iaitu Ketua atau Muraqib Aam, Ekhwan Muslimin bagi 2 penggal sejak 2008 – 2016.
– Beliau juga bekas Ahli Parlimen Jordan 1989-1997.
– Dilahirkan pada tahun 1944.
– Diiktiraf sebagai tokoh ulamak Jordan di bidang Hadis.
– Beliau merupakan bekas Ahli Akademik yang pernah menjawat jawatan Profesor di Fakulti Syariah, University of Jordan sebelum dipilih sebagai Ahli Parlimen