Pemuda PAS Marang ucap takziah

DEWAN Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Hassan Jusoh.

Advertisement

Ketuanya, Ustaz Yusuf Abdul Hadi berkata pemergian Allahyarham satu kehilangan buat jemaah khususnya PAS Kawasan Marang.

“Allahyarham seorang tokoh yang sangat berjasa kepada perjuangan lslam khususnya di  Kawasan Marang.

“Allahyarham juga sentiasa menyumbang segala tenaga dan hartanya untuk melihat agama Allah tertegak di negara ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas solat jenazah di Masjid Rusila di sini.

Menurut beliau lagi, Allahyarham telah menginfakkan  dirinya dalam jemaah hingga ke akhir hayat.

“Pada saat akhir Allahyarham  pernah menyebut walaupun saya sakit saya tetap akan berkhidmat untuk perjuangan Islam.”

“Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada malam jumaat hari yang penuh keberkatan dan keampunan SWT serta mudah-mudahan Allah menempatkan bersama-sama dengan annabiyyin, assidiqin, asyuhada’ assalihin,” katanya dengan nada sebak.

Allahyarham yang pernah menjawat jawatan Setiausaha PAS Kawasan Marang selama 12 tahun telah menghembuskan nafas Kira-kira 9 malam di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Jenazah Allahyarham telah disemadikan di Tanah Perkuburan Kg Rusila sebelum itu solat jenazah telah diimamkan oleh Datuk Seri Presiden PAS selesai menyampaikan kuliah dhuha pagi Jumaat. – HARAKAHDAILY 1/4/2017