Syukur mereka telah keluar PAS

MENELITI reaksi ahli parlimen PH sejurus selepas speaker Dewan Rakyat menangguhkan sidang dewan sehingga Julai, hati saya rasa syukur yang amat sangat. Bersyukur kerana sebahagian yang bertempik dan melolong itu sudah berada di luar PAS. Cuba bayang kalau manusia yang berfikrah songsang dan berakhlak sebegitu masih berada dalam barisan kepimpinan PAS. Allah Maha Merancang dan Allah adalah Wali kepada orang-orang mukmin dan jamaah Islam.

Advertisement

Dua tiga tahun lepas. Ketika mereka masih ditampuk kepimpinan saya dan teman-teman di bawah sudah terlihat kepincangan yang sedang melanda itu. Namun apalah yang boleh kami buat. Hanya sekadar melihat dan meluahkan rasa di FB. Sakitnya hati melihat mereka yag berada di tampuk kepimpinan Parti Islam tapi berfikrah songsang libralisme senada dengan DAP. Sakitanya perasaan melihat mereka berada di kiri kanan Presiden namun kerap kali tersenyum puas melihat Presiden di tembak musuh tanpa mereka membelanya.

Waktu itu kami luahkan rasa hati di FB. Sehingga tidak sedikit ahli-ahli PAS yang kembali menyerang saya dan teman-teman yang bersama. Ahli-ahli yang terpengaruh dengan pendekatan ruhama’ dan pendekatan “dakwah matang” ciptaan beberapa orang Ikram dalam PAS serta yag terpengaruh dengan “pendekatan politik berstrategi” golongan liberal, sibuk menyerang kami. Kami kononnya dicop pembela ulama yang ketinggalan dari arus politik terkini.

Banyak posting saya waktu itu membantah kenyataan Hanifa, Khalid, Mujahid dan Dr Zul. Yang dilihat mesra melampau dengan fikrah liberal DAP dan membisu apabila idea TG Presiden disanggah ganas oleh pimpinan dalam parti rakan PR. Ada yag kata bantahan saya itu keras, tidak matang dan berbagai lagi. Saya dan teman-teman tidak kesah. Yang penting sebahagian ahli PAS perlu dikejutkan agar mengenali pimpinan mereka itu secara jelas dan dapat sama-sama menyelamatkan PAS dari diheret keluar dari kerangka dan wajah gerakan Islam. Waktu itu saya penuh yakin pimpinan yang berwajah keliru itu akan dapat dibuktikan kekeliruan fikrah mereka satu masa nanti.

Alhamdulillah. Menjelang muktamar PAS ke-61 di Kuala selangor perwakilan menolak mereka. Awalnya ramai juga ahli PAS yang ragu apakah tindakan perwakilan itu wajar dan menguntungkan masa depan PAS. Kerana pada mereka pimpinan yang ditolak itu masih dilihat figur hebat dan berhati mulia untuk memenangkan Islam.

Namun Allah memberikan masa yang cukup untuk ahli PAS mula mengenali wajah mereka yang sebenar. Kenyataan demi kenyataan keluar daripada mulut bekas pimpinan PAS itu. Semakin hari semakin menelanjangkan fikrah dan sikap mereka yang sebenar terhadap Islam dan halatuju perjuangan PAS. Tindakan mereka saban hari semakin mendedahkan kemesraan mereka dengan fikrah Liberalisme. Petang semalam mereka menelanjangkan sepenuhnya sikap mereka dan akhlak mereka sejurus selepas pembentangan RUU 355 oleh TGHH, ucapan sokongan oleh MP Kota Bharu dan penangguhan yg dibuat oleh speaker.

Alhamdulillah mereka bukan lagi pimpinan saya dan bukan pimpinan PAS. Allah maha mengatur. Syukur ya Allah. – HARAKAHDAILY 7/4/2017