AS sokong Israel makin ganas terhadap Palestin

KEPUTUSAN Amerika Syarikat (AS) memasukkan tokoh pejuang Palestin dalam senarai ‘pengganas’ dianggap sebagai permusuhan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Advertisement

Keterangan ini disampaikan oleh jurucakap Hamas Fawzi Barhum memberi respons kepada kemasukan Ahmad Al-Ghandur “Abu Anas” dalam senarai ‘pengganas’ oleh AS.

Barhum menambah, penentangan Palestin bukanlah ‘pengganas’ namun hak legal menghadapi kejahatan Israel. Ini kerana Israel kerap membunuh, menangkap, mengusir, penyisihan, menistakan dan merosakkan rumah penduduk serta merosakkan habis tanah pertanian Palestin.
 
Hamas mengecam sikap AS itu namun mereka tidak akan gentar dalam meneruskan perjuangan menghadapi penjajah Israel, lapor portal Islampos.

Barhum menambah keputusan AS itu, justeru makin mendorong dan menyokong Israel menjadi semakin ganas terhadap warga Palestin.

Ahmad Al-Gandur Abu Anas adalah komander Al-Qassam untuk Jalur Gaza utara dan diburu Israel dengan dakwaan bertanggungjawab dalam penyanderaan Gilad Shalit dan sejumlah aksi serangan berani mati.
 
Dua kali Abu Anas menjadi sasaran usaha pembunuhan pada 2002 dan 2012. Beliau pernah ditahan Israel selama enam tahun.