Dun Salor kini makin mantap

PAS Dun Salor kini semakin mantap bagi menghadapi PRU14 apabila bilangan ahli parti itu makin bertambah.

Advertisement

Hari ini Unit Peti Undi (UPU) Pendek menerima keahlian baru PAS pada majlis cakna rakyat Dun Salor.

Penyerahan borang itu disampaikan oleh seorang pemimpin veteran cawangan Hasbullah Awang Ahmad 73 kepada Exco kerajaan negeri, Datuk Hanifa Ahmad.

Hasbullah yang juga Ketua UPU itu berkata, ia merupakan penyerahan kedua selepas penyampaian borang keahlian pertama seramai 27 ahli baru pada awal Januari lepas.

“Mereka sebelum ini tidak pernah menyertai parti atau menjadi ahli pada mana-mana parti lain bahkan menyertai PAS kerana kesedaran sendiri.

“Mereka juga melihat kesungguhan jentera PAS Cawangan yang bekerja dengan ikhlas dan komited kepada Islam tanpa sebarang balasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan borang itu pada majlis cakna rakyat yang diadakan di Kampung Seberang, Salor.

Turut hadir Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Salor, Ibrahim Isa; Timbalannya, Mohamad Nuri Mat Yaacub dan Setiausaha MTD Salor, Hassan Ibrahim.

Sebanyak 13 Upu seluruh Dun Salor terlibat bagi menjayakan majlis yang diadakan secara tahunan itu dengan pelbagai aktiviti dilaksanakan. – HARAKAHDAILY 8/4/2017