Pemuda desak tarik balik kartun hina PAS

PEMUDA PAS Kelantan mendesak akhbar berbahasa Cina digesa menarik balik kartun yang dianggap mempersendakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Advertisement

Ketua Penerangannya Nazman Che Iberahim berkata, turut dipersendakan akhbar terbabit Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Katanya akhbar terbabit cuba menyamakan pemimpin berkenaan dengan haiwan.

“Ini suatu tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali! Kurang ajar dan biadap! Kamu kena mohon maaf segera kepada Presiden PAS serta seluruh umat Islam,” katanya di Kota Bharu.

Sebuah akhbar berbahasa Cina menyiarkan lakaran kartun yang menggambarkan seekor monyet memakai serban berada di atas pokok 355 dan seekor lagi sedang melompat turun.

Pada persidangan parlimen Khamis lepas Presiden PAS yang juga anggota parlimen Marang diberi ruang membentang pindaan Akta 355, biar pun cuba ditentang anggota parlimen DAP dan PKR.

Nazman juga berkata memakaikan serban adalah Sunnah kepada lelaki Muslim dan simbol suci orang Islam.

“Songkok ialah simbol Melayu. Beruk pula adalah satu penghinaan yang amat jahat dan jijik. Ini bukan kebebasan media. Ini kegilaan yang nyata. Jangan jolok sarang tebuan! Kami bagi amaran,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 10/4/2017