Mujur Pemuda PAS tidak ada Rafizi

“SEMASA saya menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, saya selalu diserang teruk oleh pihak tertentu mempertikai kepimpinan saya,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Advertisement

 Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia itu menyatakan demikian menerusi laman facebook.

“Kenapa saya tidak seperti Rafizi? Pemuda PAS lemah kerana gagal melahirkan Rafizi? Mana Rafizi versi PAS?” ujarnya.

Waktu itu, katanya beliau hanya mampu senyum menerima asakan persoalan sedemikian.

“Hari ini bolehlah saya jawab, mujur Pemuda PAS Malaysia tidak ada Rafizi. Alhamdulillah,” tambahnya.