DBKL kejam robohkan ‘rumah tampal’

DI tengah kesibukan pusat Bandar Kuala Lumpur yang dipenuhi dengan bangunan tinggi serta kenderaan yang pelbagai, tinggal beberapa keluarga yang telah mendiami sebuah rumah tampal hampir lebih kurang 38 tahun. Rumah yang kelihatan seperti ‘pondok mainan’ telah menjadi tempat berteduh buat beberapa keluarga.

Advertisement

Sebelum ini pada 29 Mei 2016, Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS (LKKP) Pusat dan LKKP Wilayah Persekutuan telah mengadakan gotong-royong untuk membina ‘rumah tampal’ bagi memberikan sedikit keselesaan kepada keluarga tersebut.

Terbaru, Pengerusi Pusat Aduan Sosial PAS (PAS PAS), Mohd Yusoop Abdul Hamid telah ditemui salah seorang penghuni yang ingin dikenali sebagai Kak Nor (bukan nama sebenar) mengadu bahawa rumah tersebut telah diroboh dan ditimbus bersama-sama keperluan asas mereka oleh pihak berkuasa DBKL pada 12 April 2017 bersamaan hari Rabu.

Kini, dia terpaksa menyewa di sebuah bilik kecil bersama-sama seorang ibu tunggal (ditinggalkan suami) serta dua anaknya yang masih kecil dan sedang dalam kandungan. Malangnya ibu tersebut tidak bekerja dan mereka dikehendaki membayar sewa bilik sebanyak RM400.

Pusat Aduan Sosial PAS bersama Skuad Prihatin LKKP Pusat telah melawat keluarga ini dan memberikan sedikit sumbangan kepada mereka.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan terus kepada ‘Dana Kami Prihatin’, Bank Islam 1211 3010 02 6150 dengan menghubungi Cikgu Yusop 011-1337 3066 atau Pn. Sharifah 019-211 4764. – HARAKAHDAILY 18/4/2017

DBKLRoboh 2