Henti seketika urus niaga bidang kuasa PBT

PADA 2006 bekas anggota Parlimen Barisan Nasional di Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim menarik balik kes samannya terhadap kerajaan Kelantan berhubung Enakmen Kanun Jenayah Syariah.

Advertisement

Sebelum itu pada 2003 peguam Zaid membuat perisytiharan di mahkamah bahawa enakmen tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

Dan kali ini pemimpin yang sama mahu dilapor mahu memfail tindakan undang-undang terhadap kerajaan Kelantan berikutan arahan peniaga pasar malam menghentikan urusniaga seketika semasa solat Maghrib.

Mengulas isu tersebut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata kerajaan negeri bersedia menghadapi tindakan yang bakal dilakukan aktivis DAP terbabit.

“Saya yakin apa yang dibuat kerajaan negeri berada pada landasan yang betul.

“Itu kenyataan beliau kita tidak boleh halang. Kita buat mengikut ruang lingkup yang kita ada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri,” katanya di Kota Bharu. – HARAKAHDAILY 20/4/2017