Hina Watson Nyambek: Pemuda PAS tuntut tindakan tegas

PEMUDA PAS Sarawak menuntut tindakan tegas terhadap TV3, Primeworks Studio dan pengacara ‘Ammar’ selepas insiden penghinaan kepada bapa kepada jaguh pecut Malaysia, Watson Nyambek.

Advertisement

Penghinaan ini amatlah dikesalkan, menunjukkan kerendahan etika penyiaran TV3 dan penerbitan Primeworks Studio.

Ini adalah natijah lambakan program tidak mendidik, mengutamakan hiburan tanpa isi dan tidak bermanfaat yang disiarkan oleh pihak media arus perdana. Insiden ini wajar dijadikan satu pengajaran kepada semua pihak agar merenung kembali tahap dan kualiti penyiaran di negara kita.

Kurangnya program mendidik, mengutamakan keuntungan dan hanya mengejar rating semata-mata tanpa memikirkan kesan dan pengajaran kepada penonton akan menghasilkan penerbit dan penyampai yang pemalas dan tiada kreativiti.

Pemuda PAS Sarawak juga menyeru rakyat Malaysia terutama rakyat Sarawak agar memboikot TV3 tanda protes dan solidariti Watson Nyambek.

M ARIFIRIAZUL PAIJO
Ketua Pemuda PAS Sarawak – HARAKAHDAILY 23/4/2017