Turki sedia baiki puluhan masjid di Syria

YAYASAN amal yang diuruskan oleh kerajaan Turki berjanji akan memperbaiki puluhan masjid di Syria yang rosak akibat perang yang melanda negara ini sejak 6 tahun terakhir.

Advertisement

Dilaporkan dari keterangan Ketua Yayasan Diyanet Turki, Mustafa Tutkun, mengatakan bahawa pihaknya merancang untuk bekerja sama dengan Perdana Menteri Turki untuk membina dan memperbaiki 66 masjid yang rosak dan hancur di Syria.

Untuk projek itu, Mustafa Tutkun menyatakan bahawa pihaknya akan menjalankannya di wilayah Cobanbey, Azaz dan Jarabulus, sejumlah wilayah yang kini dikuasai kumpulan pejuang revolusi di kawasan utara Syria.

“Kami telah menyelesaikan pembaikan masjid Kabir, Nur dan Hasan di Jarabulus dan telah membuka kembali digunakan untuk solat,” ujar Mustafa Tutkun, semalam.

“Hingga kini Yayasan Diyanet Turki telah memperbaiki dan membuka kembali 127 masjid di Syria yang telah dirosakkan oleh kumpulan keganasan PKK di timur dan tenggara Turki, bekerjasama dengan Direktorat Agama Turki,” katanya. (Eramuslim)