PRU14: Munajat dan doa kepada Allah

ISLAM sentiasa memberikan panduan kepada penganutnya dalam melaksanakan gerak kerja Islam dan meletakkan segala pergantungan dan pengharapan hanya kepada Allah Taala.

Advertisement

Maka sewajarnya bagi semua penggerak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk mengingatkan diri sendiri dan sahabat sejemaah bahawa dalam keghairahan melakukan gerak kerja tarbiah, dakwah dan siasah jangan sesekali melupakan munajat dan doa kepada Allah Taala demi meraih redha dan nushrah daripada-Nya.

Menjelang PRU14 ini, sebaiknya semua ahli PAS menjaga diri daripada melakukan maksiat, menggandakan ibadat serta memperbanyakkan zikir dan wirid antaranya yang telah thabit daripada hadis Nabi Muhammad SAW:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ

“Ya Hayyu ya Qayyum birahmatika astaghits” yang bermaksud “Ya Allah Yang Maha Hidup, ya Allah Yang Maha Pengatur, aku mohon pertolongan dengan rahmat-Mu! (Hadis Hasan Riwayat Tirmidzi)

Wirid ini dibacakan oleh Baginda Rasulullah SAW tatkala menghadapi kesukaran dan semoga dengan keberkatannya Allah memudahkan kesukaran kita jua serta memenangkan Islam dan jemaahnya pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Saya menyeru agar semua lapisan muslimin dan muslimat juga menjaga hubungan dengan Allah agar negara kita diberikan keberkatan berpanjangan oleh-Nya.

USTAZ MUSTAQIM ALING
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah