Ulamak gagas Membina Negara Sejahtera

DEWAN Ulamak tampil dengan tema Membina Negara Sejahtera pada muktamar kali ini sebagai persediaan melahir tadbir urus negara yang lebih cekap.

Advertisement

Ini kerana telah dibuktikan Umno dan BN yang mentadbir sekarang berdepan dengan kemelut masalah sosial, keruntuhan ekonomi dan pelbagai masalah.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata kerajaan yang ada sekarang tidak menjadikan Islam sebagai garis panduan.

Oleh itu katanya, PAS tampil dengan pendekatan kesejahteraan dalam semua aspek kehidupan rakyat.

“PAS berusaha untuk melahirkan negara sejahtera berasaskan aqidah. Usaha pembangunan hendaklah selaras dengan tuntutan langit.

“Ini juga dibuktikan kerajaan di Kelantan yang ditadbir PAS sejak 27 tahun lepas tidak berlaku sebarang salah laku,” katanya pada ucapan dasar pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat di SRIDU Tandop, Alor Setar hari ini. – HARAKAHDAILY 27/4/2017