GST: Perjuangan PAS kini diakui Mufti

PENENTANGAN secara konsisten PAS terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kini turut mendapat persetujuan mufti apabila juga kini telah bersuara mengenainya.

Advertisement

Perwakilan Wilayah Persekutuan, Farhan Mohd Zain berkata kerajaan perlu kepada penyelesaian secara Islam bagi memperkenalkan cukai kepada rakyat.

“Malah PAS telah mengeluarkan Dokumen Hijau sebagai  pilihan alternatif  bagi menyelesaikan isu percukaian di negara ini.

“Sejak awal lagi PAS menjelaskan GST  adalah tidak berlandaskan syarak. Sepatutnya kita mempunyai kaedah alternatif daripada GST sekarang,,” katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden pada muktamar petang ini.

Misalnya kata beliau cukai  korporat yang dipunggut kerajaan sekarang lebih RM38  Bilion lebih besar berbanding kutipan GST.

Mufti Pulai Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor hari ini dilapor berkata, sebarang tindakan dan polisi membebankan serta menganiayai rakyat adalah haram dan bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam.

Menurutnya pelaksanaan GST oleh kerajaan telah menimbulkan banyak masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan rendah. – HARAKAHDAILY 30/4/2017