PRU14: Paling awal Sept 2017

PALING awal Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 dijangka diadakan pada September depan dengan mengambil kira cadangan persempadan pilihan raya yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilulus di parlimen pada Julai depan.

Advertisement

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata cadangan persempadan baharu yang dibuat SPR perlu mendapat kelulusan parlimen sebelum dapat dilaksanakan.

Katanya cadangan persempadanan itu tidak melibatkan pertambahan jumlah kerusi baru, sebaliknya hanya melakar semula kawasan pilihan raya sedia ada.

“Biar pun begitu ada juga lakaran semula itu dianggap tidak sesuai dengan lokasi tertentu sehingga ada negeri yang membawa cadangan persempadan ke mahkamah,” katanya pada penggulung ucapan dasar presiden di Kompas, Kota Sarang Semut hari ini.

Persidangan parlimen dalam tempoh terdekat hanya akan diadakan pada Julai depan.

Persempadanan yang dicadang SPR bagaimanapun dibantah kerajaan Selangor dan membawa kes tersebut ke mahkamah.

Mustafa juga berkata, paling lewat PRU ke-14 akan diadakan pada Jun 2018 setelah genap lima tahun selepas PRU ke-13.

“Sekiranya tarikh tersebut tidak diadakan pembubaran parlimen, bermakna tempoh penggal ke-13 akan berakhir dengan sendiri,” katanya.

Menurutnya juga Kelantan menjadi kubu paling PAS di negara kita dan ia juga boleh menjadi petunjuk kepada kekuatan sebenar PAS.

Pengerusi  Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki pula  berkata, PAS melancarkan Dokumen Hijau yang menawarkan pelbagai tawaran bagi menyelesaikan masalah rakyat menurut kaedah Islam. – HARAKAHDAILY 1/5/2017