Tahaluf PAS-PKR: Negeri perlu buat persediaan

BIARPUN muktamar menerima usul mengenai tahaluf siyasi dengan PKR yang bakal diputuskan Majlis Syura UlamaK, namun hubungan dengan parti itu masih lagi berjalan baik.

Advertisement

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata hubungan dengan PKR di Kelantan sehingga sekarang berjalan dengan baik, biarpun kadang-kadang ada masam manis.

Bagaimanapun katanya, PAS setiap negeri perlu membuat persediaan sebelum Majlis Syura Ulamak membuat keputusan muktamad mengenai tahaluf siyasi dengan PKR.

“Mungkin akan terjejas di negeri-negeri tertentu apabila hubungan dengan PKR dimuktamadkan. Misalnya di Kelantan dan Selangor masih ada lagi hubungan,” katanya pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kota Sarang Semut, Alor Setar, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS berharap institusi pendidikan di bawah PAS perlu diselaraskan bagi memudahkan pengurusan.

Menurutnya Pasti di bawah Dewan Pemuda dan Kolej Universiti Zulkifli Muhamad di bawah Dewan Ulama PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 1/5/2017