Takiyuddin kekal Setiausaha Agung PAS

SETIAUSAHA Agung PAS sesi lalu, Datuk Takiyuddin Hassan dilantik semula memegang jawatan itu untuk sesi 2017-2019.

Advertisement

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-63 yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, petang ini.

Sementara itu, Takiyuddin yang ditemui selepas itu menyatakan beliau menerima jawatan itu dengan penuh redha.

“Dalam PAS, kita terima tanggungjawab dengan penuh redha dengan azam melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu. – HARAKAHDAILY 1/5/2017