Transkrip sidang media Presiden PAS

PRESIDEN PAS: Assalamu‘alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada semua rakan-rakan media yang dapat mengikuti Muktamar kita sehingga sepanjang masa, dan sampai akhir pada hari ini. Saya tak perlu berucap panjang kerana sudah dengar ucapan penggulungan tadi. Cuma saya nak umumkan sedikit, kita sudah membuat perjumpaan dengan AJK Pusat, pimpinan, dan bersetuju untuk membuat pelantikan yang pertama yang diumumkan iaitulah Dato’ Setiausaha Agong, kita meneruskan Yang Berhormat Dato’ Takiyuddin Hassan menjadi Setiausaha Agong, itu sahaja yang kita buat pelantikan. Yang lain itu akan diumumkan kemudian. Itu sahaja.

Advertisement

MEDIA: Dato’ Seri, kalau boleh jelaskan lagi dalam ucapan Dato’ Seri tadi, PAS bukan satu hotel persinggahan bagi mana-mana parti politik, boleh jelaskan lebih lanjut lagi berkenaan, apa maksud Dato’ Seri sebenarnya?

PRESIDEN PAS: Di sana ada kalangan yang berpolitik oportunis. Oportunis nak jadikan PAS sebagai pangkalan persinggahan sebagai tangga untuk naik. itu sudah ditapis sama ada perjalanan perjuangan kita yang mencabar ataupun ahli-ahli sendiri yang faham, sama ada mereka berundur sendiri atau dipecat atau disingkirkan oleh ahli.

MEDIA: Dato’ Seri, kenyataan itu tuju kepada Peribumi ke atau PAN? Parti yang mana persinggahan? Dato’ Seri ‘refer’ kepada PAN ke atau Peribumi?

PRESIDEN PAS: Kenyataan secara umum, secara umum, saya tak tuju kepada sesiapa, kepada umum.

MEDIA: Maksudnya pihak oportunis bukan sahaja kepada parti lain, malah kepada ahli-ahli juga?

PRESIDEN PAS: Ya, ada ahli-ahli yang nak jadi ahli PAS ini.

MEDIA: Dato’ Seri tadi ada mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang untuk RUU355. tapi Dato’ Seri mengatakan semoga Allah panjangkan, supaya ada laluan lebihlah dan adakah ini membayangkan bahawa ada tanda untuk kerjasama dengan kerajaan?

PRESIDEN PAS: Macam saya terangkan konsep kita kerjasama dalam perkara yang baik, perkara yang baik kebajikan kita terus bekerjasama. Dalam perkara yang bercanggah dengan Islam, kita bangkang, kita menentang, itu pendirian kita yang terbuka. Contohnya (Akta)164 kita bangkang, kita tak setuju 164 kerana tak sesuai dengan realiti masyarakat Malaysia ini. Pakatan Harapan, parti lain sokong, Kerajaan tarik balik.

MEDIA: Ada apa-apa bentuk lain kerjasama ke macam mana Dato’ Seri?

PRESIDEN PAS: Kebajikan rakyat, kebajikan rakyat kita kerjasama, kebajikan rakyat.

MEDIA: Dato’ Seri dengan keadan politik sekarang, bagaimana PAS dalam Muktamar ini, adakah PAS sudi berbincang dengan Pakatan Harapan dalam merealisasikan satu lawan satu untuk blok  pembangkang?

PRESIDEN PAS: Tak timbul. Kita ada asas kita sendiri yang kukuh, kita tak boleh berbincang di atas angin, kita bukan berniaga atas angin. Kita ada Kawasan 195 Kawasan, ada Cawangan 7,000 lebih. Mereka tak ada Kawasan, tak ada Cawangan, tak ada ini, itu.

MEDIA: Bagaimana pula dengan Kawasan yang mungkin PAS tak ada Cawangan?

PRESIDEN PAS: Kita kemukakan Gagasan Sejahtera yang kita kemukakan.

MEDIA: Usul telah diterima supaya putus dengan PKR. Di bawah Majlis Syura, bila akan muktamadkan?

PRESIDEN PAS: Itu terpulang kepada Majlis Syura, mereka ada pandangan sendiri, mereka boleh buat keputusan bila nak mesyuarat.

MEDIA: Dato’ Seri, jadi bayangan kalau terputusnya ‘Tahaluf Siyasi’ di antara PKR dan juga PAS, maksudnya dalam PRU nanti, apa kerusi-kerusi PKR, PAS akan tetap akan bertanding kalau terputusnya ‘Tahaluf Siyasi’?

PRESIDEN PAS: Kita pernah menghadapi segala kemungkinan, kerana sejarah poilitik kita, senario kita, panjang lebih daripada orang lain. Kita pernah bersendirian, kita pernah tinggal satu kerusi, negeri yang ada kerusi, tak ada kerusi langsung, dua penjuru, tiga penjuru, berapa penjuru kita pengalaman kita banyak.

MEDIA: Tok Guru mungkin benda itu boleh berlaku?

PRESIDEN PAS: Segala kemungkinan kita hadapi. Apa yang penting ialah kita punya Negeri, Kawasan patuh kepada Pimpinan Pusat.

MEDIA: Dato’ Seri, mesej pasal wala’ tadi. adakah ia sebagai satu arahan kepada ahli PAS (terima) apa sahaja keputusan hubungan Tahaluf Siyasi dengan PKR?

PRESIDEN PAS: Di sini keistimewaan kita kesetiaan kepada parti, pimpinan. Itu sangat penting kepada mana-mana parti pun, bukan PAS sahaja. Semua parti mesti kesetiaan kepada parti masing-masing. Apa lagi dalam suasana pilihan raya kita semua tahu pencalonan yang banyak, bila parti buat keputusan, maka semua ahli jentera kena ikut keputusan parti.

MEDIA: Dato’ Seri, Perwakilan Penang kata Umno bukan lagi musuh terbesar untuk PAS, sebaliknya DAP. Apa pendapat Dato’ Seri?

PRESIDEN PAS: Kita tak mahu bermusuh dengan semua, kita membawa politik matang dan berhubung dengan semua, tak ada politik yang negatif. (Tetapi) secara positif dengan semua.

MEDIA: Dato’ Seri, boleh ulas sedikit berkenaan dengan kenyataan Setiausaha MSU, Dato Dr Nik Zawawi tadi berkenaan dengan ‘Tahaluf Siyasi’. dikatakan kerajaan ini dalam PAS ketika ini macam kalau dikejar tak dapat, dikendong berciciran. Bagaimana dengan pendapat Dato’ Seri?

PRESIDEN PAS: Itu terpulang kepada Jawatankuasa politik yang akan menilai, itu pendekatan politik yang boleh berubah dari semasa ke semasa. Majli Syura Ulamak melihat dari hukum, dari segi syarak syarat-syarat dia.

MEDIA: Dato’ Seri, ada yang mengatakan pihak apabila ‘Tahaluf Siyasi’ terputus di antara PKR dan juga PAS, PAS seolah-olah menyendirikan diri dan seolah-olah bukan dalam ‘mainstream’ lagi dalam politik mungkin. Apa pandangan PAS sendiri?

PRESIDEN PAS: Yang lebih baik, tunggu bila berlaku, tunggu bila berlaku, itu akan dilihat.

MEDIA: Dato’ Seri, apa komen yang PAS ialah parti gaduh sebab dari tahun 1978, telah putus hubungan dengan banyak parti. Jadi ada komen yang mengatakan PAS itu parti gaduh, parti suka gaduh. Apa komen Dato’ Seri?

PRESIDEN PAS: Kalau baca sejarah kerjasama PAS termasuk dengan Umno, yang pecat PAS dari Barisan Nasional, (ialah) Umno, bukan PAS keluar. Termasuk dengan S46, 46 menyingkirkan diri, termasuk dengan DAP tahun 2000. Barisan Alternatif, DAP yang keluar, bukan PAS yang keluar. Termasuk yang terakhir, DAP yang pecat PAS, dengan tak ada undang-undang peraturan dia pecat PAS. Bukan kita keluar, tidak.

MEDIA: Bukan PAS yang mulakan permusuhan?

PRESIDEN PAS: Kita di atas landasan kerjasama tak menyentuh dasar matlamat parti masing-masing, itu sikap kita. Bila orang lain sentuh dasar parti kita, itu sudah langgar sempadan, itu bukan hal kita.

MEDIA: Dato’ Seri, bagaimana dengan kajian yang dibuat yang mengatakan sekiranya PAS bersendirian dan bertanding melawan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, PAS akan mendapat undi tercorot di kawasan-kawasan yang mana dia bertanding, khasnya undi Melayulah.

PRESIDEN PAS: Kita ada pusat penyelidikan kita sendiri. Kita tak bergantung kepada orang lain. Andaian dan kajian lain kita tak terima, kita ada kajian kita sendiri. Kajian kita berdasarkan kepada bukan sahaja telefon, bukan sahaja kajian rambang, berdasarkan kepada jentera-jentera kita di seluruh negara.

MEDIA: So, jadi kajian itu mengatakan macam mana nampak ‘flow’ Kawasan yang PAS bertanding?

PRESIDEN PAS: Mereka boleh buat kajian, boleh buat andaian semua, itu terpulang kepada kita sendiri, kita mengambil kajian orang lain untuk dikaji, dan kita buat keputusan kajian kita sendiri.

MEDIA: Yang kajian PAS sendiri mengatakan macam mana?

PRESIDEN PAS: Kita lebih maju ke depan insya-Allah kerana ahli kita bertambah. Ahli bertambah, sokongan bertambah, itu yang berlaku, kepercayaan rakyat lebih kepada kita.

MEDIA: Dato’ Seri mungkin ada terjemahan sendiri daripada suara perwakilan apabila perwakilan yang mengundi mengambil keputusan untuk mengekalkan ketiga-tiga Naib Presiden dan tak menerima masuk saudara Nasruddin Hassan dalam pemilihan. Adakah ini kelompok ulama terbaik untuk mendepani PRU 14 ke macam mana?

PRESIDEN PAS: Menandakan kepuasan mereka dengan pimpinan yang dipilih. Ini sangat penting, sangat penting.

MEDIA: Dato’ Seri, PAS akan…. (suara kurang jelas) dan juga ada yang menyatakan…(suara kurang jelas) Jadi adakah ini sebagai satu langkah ke depan, PAS sekarang ini menggantikan Umno……?

PRESIDEN PAS: PAS tidak baru dalam politik negara. Untuk ganti terpulang kepada rakyat, terpulang untuk mengganti, memang kita bersedia untuk ganti, sedia untuk ganti.

MEDIA: Dato’ Seri dalam kajian PAS sendiri memang PAS ada peluang yang baik lah untuk memenangi 40 kerusi itu?

PRESIDEN PAS: Insya-Allah, insya-Allah.

MEDIA: Dato’ Seri, ada banyak kritik pasal parti dinasti. Macam DAP dengan PKR. So, bagaimana dengan PAS sebab Dato’ Seri ialah Presiden dan anak ialah Ketua Pemuda?

PRESIDEN PAS: Saya tidak mencalonkan anak saya, saya tak minta anak saya bertanding, keluarga saya, tak minta. Apa yang berlaku ialah pencalonan akar umbi yang menjadikan ada yang bertanding dan tak bertanding. Memang semua orang mahu anak dia ikut perjuangan kita, itu semua orang begitu. Kita tak mahu anak kita tak ikut perjuangan kita. Adapun kedudukan terpulang kepada ahli-ahli parti

MEDIA: Hari ini Lim Guan Eng ada kenyataan bahawa PAS keluar daripada Pakatan Harapan, dia dah lari daripada prinsip perjuangan berpakat, dan PAS sudah jadi parti yang sesat dalam politik, sesat dalam politik.

PRESIDEN PAS: Kita parti yang paling konsisten, contohnya dalam RUU355, bantahan DAP adakah mengikut saluran Rang Undang-Undang itu? Tidak. ‘Standing Order’ yang tak ada kena mengena dengan 355. Tajuk yang lain. itu, tajuk yang lain.

MEDIA: Dato’ Seri bagaimana dengan respon Dato’ Seri terhadap apa Tun Mahathir kata bahawa PAS bersendirian akan memberi kemenangan kepada Umno? Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa kalau PAS bersendirian lawan tiga penjuru, ia akan memberi kelebihan kepada Umno.

PRESIDEN PAS: Terpulang kepada Tun Mahathir nak sokong Umno lagi ataupun tak sokong Umno. – HARAKAHDAILY 2/5/2017

(Suntingan transkrip ini disediakan Wartawan Harakah, Izwan Abdul Halim) TRANSKRIP SIDANG MEDIA PRESIDEN PAS PENANGGUHAN MUKTAMAR PAS KALI KE-63 KOMPLEKS PAS KEDAH, ALOR SETAR 4 Sya’ban 1438 | 1 Mei 2017