Realisasi Kelantan jelapang makanan

PELBAGAI usaha dilakukan kerajaan negeri bagi merealisasikan hasrat menjadikan Kelantan sebagai jelapang makanan negara.

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata antara usaha itu menganjurkan ‘Karnival Bertani Satu Ibadah’ di peringkat jajahan.

Katanya, program tersebut membolehkan petani, penternak, nelayan dan usahawan tani mempamerkan hasil mereka.

“Begitu juga hari peladang yang disambut setiap tahun pada peringkat kebangsaan dan kerajaan negeri pula mengadakan ekspo pertanian.

“Ia merupakan kesinambungan program peringkat negeri sebagai menghargai golongan tersebut.

“Di peringkat jajahan dibuat sebanyak dua tahun sekali di 10 jajahan, iaitu lima jajahan setiap tahun,” katanya ketika merasmikan Karnival Bertani Satu Ibadah di jajahan Tanah Merah di perkarangan Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Jajahan Tanah Merah, Norazman Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Jajahan Tanah Merah, Wan Mohd Shuhaimi Wan Mustapha. – HARAKAHDAILY 4/5/2017