Nasrudin dilantik semula Ketua Penerangan PAS

SELAIN 18 ahli jawatankuasa yang dipilih di dalam Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kedah baru-baru ini, mesyuarat PAS Pusat hari ini melantik tujuh orang lagi ahli jawatankuasa tambahan bagi sesi 2017-2019.

Advertisement

Mereka adalah Mohd Sanusi Md Nor, Saiful Bahri Mamat, Mohammad Hussain, Dr Mohd Khalid Kassim, Zainal Abidin Kidam, Datuk Dr Abdul Hakeem Johari dan Wan Rohimi Wan Daud.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pada sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

Beliau dilantik semula memegang jawatan itu bagi sesi 2017-2019.pada 1 Mei lalu.

Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menyambung kembali tugasnya sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat sementara jawatan bendahari diamanahkan kepada Pesuruhjaya Perak, Razman Zakaria.

Bagi jawatan Ketua Pengarah Pilihan Raya pada sesi yang baru ini digalas oleh Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Khairul Fahmi Mat Som kekal sebagai Penolong Setiausaha Agung 1 dan 2.

3 negeri dapat pesuruhjaya baharu

Sementara itu, tiga muka baru telah dilantik sebagai pesuruhjaya bagi negeri Terengganu, Selangor dan Johor.

Pesuruhjaya Terengganu digalas oleh Datuk Ustaz Husain Awang,  Selangor pula oleh Ustaz Sallehen Mukhyi manakala Johor pula digalas oleh Ustaz Abdullah Husin.

Bagi 11 negeri lagi mengekalkan pesuruhjaya sedia ada.

Kelantan – Datuk Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob
Perlis – Mohd Shukri Ramli
Kedah – Dr Ustaz Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi         
Pualu Pinang – Ustaz Mohd Fauzi Yusof
Perak – Razman Zakaria
Pahang – Ustaz Rosli Abdul Jabar         
Wilayah Persekutuan – Mohamad Noor Mohamad
Negeri Sembilan – Ustaz Mustafa Daharun
Melaka – Ustaz Kamaruddin Sidek          
Sabah – Paumin @ Mohd Aminuddin Aling
Sarawak – Jofri Jaraiee – HARAKAHDAILY 6/5/2017