Kelantan naik taraf infra ICT

KELANTAN ICT Gateway Sdn Bhd mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan Celcom Axiata Berhad bagi menaik taraf infrastruktur komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) di Kelantan.

Advertisement

Pengarah Kelantan ICT Gateway, Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, penekanan diberikan dalam industri ICT bagi meningkatkan capaian yang lebih baik.

“Perjanjian persefahaman ini memberi tumpuan kepada bagaimana kita hendak menunjukkan keberkesaan dalam pengurusan,” katanya pada sidang media selepas menandatangani MoU di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kota Bharu, hari ini.

Pada perjanjian itu Dr Wan Zawawi mewakili Kelantan ICT Gateway dan Ketua Sektor Awam dan GLC, Mohd Hafizi Mohd Padely bagi pihak Celcom Axiata Berhad.

Ia disaksikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Mohd Zaki Ibrahim dan Ketua Jabatan Hubungan Sektor Awam Celcom Axiata Berhad Areehan Abdullah. – HARAKAHDAILY 9/5/2017