Kekalkan kemenangan diasas ATGNA

RAKYAT Kelantan diseru mengekalkan kemenangan negeri itu pada PRU 14 ini sekiranya sayangkan perubahan yang dibuat Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Bentara Kanan, Ahmad Yakob, berkata almarhum telah banyak membawa kesejahteraan pada rakyat dengan pelbagai perubahan khususnya berkaitan agama.
 
“Sepanjang pentadbiran almarhum pusat pengajian pondok, sekolah tahfiz dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Advertisement

“Ambo (saya) hanya meneruskan apa yang telah dibuat oleh almarhum dan menambah apa yang belum sempat dilakukan,”ujarnya.

Katanya, kerana itu tidak ada sebab rakyat Kelantan tidak berhasrat untuk mengekalkan kerajaan negeri yang berusia 27 tahun ini.
 
Katanya, ada pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan Kelantan, kerana itu usaha bersungguh perlu dilakukan untuk kekalkan kemenangannya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah bangunan wakaf Raudhatul Barakah Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir, di sini hari ini. – HARAKAHDAILY 10/5/2017

melihat plan bangunan

kawasan pembangunan baru pondok

bersama penduduk tempatan