Diyat terkandung Kanun Jenayah Syariah Kelantan

TITAH Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengenai cadangan Jemaah Pengampunan Pahang mengguna pakai kaedah diyat yang melibatkan pengampunan keluarga mangsa menarik perhatian ramai.

Advertisement

Cadangan itu sebenarnya sudah terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (KJS) (II) Kelantan yang dilulus pada 1993.

Ia terkandung dalam bahagian II di bawah tajuk Qisas. Qisas dan diyat dikenakan ke atas kesalahan-kesalahan menyebabkan kematian dan kecederaan manusia.

Kesalahan yang menyebabkan kematian pula terbahagi kepada tiga jenis iaitu qatl-al-‘amd (menyebabkan kematian dengan sengaja hendak membunuh), kedua, qatl-syibhi-al-‘amd (menyebabkan kematian menyerupai qatl-al-‘amd).

Dan ketiga, qatl-al-khata’ (menyebabkan kematian dengan tidak sengaja).

Hukuman bagi sesiapa yang melakukan qatl-al-‘amd hendaklah dihukum bunuh sebagai hukuman qisas.

Bagaimanapun sebelum hukuman itu dijatuhkan sekiranya seseorang wali mengampunkan pesalah itu sama ada dengan membayar diyat atau tidak.

Diyat hendaklah dibayar sekaligus atau ansur-ansur dalam tempoh tiga tahun.

Dan sekiranya pesalah itu mati maka diyat hendaklah dibayar daripada pusaka pesalah terbabit.

nik bahrumPeguam Nik Bahrum Nik Abdullah berkata konsep diyat terkandung dalam KJS Kelantan yang dilulus pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada 1993.

Katanya, diyat terkandung dalam bahagian qisas KJS Kelantan.

“Biar pun sudah lama dilulus dan dikemaskini semula pada 2015 namun KJS tersebut belum dapat dilaksaakan kerana halangan perlembagaan,” katanya di Kota Bharu.

Oleh itu beliau menyifatkan titah Pemangku Raja Pahang sebagai satu perkembangan yang menarik bagi perundangan Islam biar pun dalam konteks agak berbeza. – HARAKAHDAILY 11/5/2017