Majlis Hi-tea Dana Pilihan Raya PAS Titiwangsa

PAS Kawasan Titiwangsa melalui jentera pilihan rayanya akan mengadakan suatu majlis HiTea untuk mengumpul dana bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. Program tersebut akan diadakan pada hari Sabtu, 20 Mei 2017 bertempat di Darul Ummah, No 44 Jalan Dua Off Jalan Kampung Pandan, KL bermula pukul 3 petang.

Advertisement

Tetamu istimewa yang akan menyempurnakan majlis ini ialah Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Turut hadir menyerikan majlis ini ialah Ustazah Nuridah Salleh selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan Mohamad Noor Mohamad, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.

Pelbagai menu menarik akan disajikan khusus kepada para tetamu yang hadir seperti nasi dagang terengganu, nasi lemak saliha, kerepok lekor, kuih muih, bubur kacang durian, rojak nenas Sarawak, air barli sejuk dan teh tarik kaw.

Kupon infaq bernilai RM30 untuk seorang boleh didapati di kaunter pendaftaran pada hari tersebut, atau berhubung dengan Mohamad di talian 0163842024 dan Hedzer di talian 0192708639.

Semua pendokong dan penyokong PAS dengan segala hormatnya dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada gerak kerja pilihan raya PAS di kawasan Titiwangsa. Semoga setiap sumbangan untuk perjuangan Islam dikira sebagai amal soleh di sisi Allah SWT. – HARAKAHDAILY 18/5/2017