Guru Pasti pembina ummah terbilang

MAJLIS Sambutan Hari Guru PASTI telah diadakan di Hentian D’Batu 8, demi menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru Pasti dalam usaha melahirkan ummah terbilang berteraskan pendidikan agama serta fikrah Islam berkualiti.

Advertisement

Semoga Guru-guru Pasti akan lebih bersemangat dan bermotivasi agar dapat menarik minat ibu bapa di Bagan Datuk untuk menghantar anak-anak mereka ke Pasti seterusnya dapat merealisasikan hasrat serta cita-cita untuk mewujudkan sebuah Sekolah Rendah Islam di Daerah Bagan Datuk, demikian harapan Timbalan YDP PAS Kawasan Bagan Datuk, Mohd Mokheri  Abdul Jalil.

Beliau menyampaikan harapan tersebut ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Pasti, 20 Mei lalu.

Sementara itu, Pengerusi Pasti Bagan Datuk, Mohd Nizam Husin berkata  program itu  sudah menjadi aktiviti tahunan sebagai penghargaan kepada semua guru Pasti agar terus ikhlas dalam menunaikan amanah menjadi seorang pendidik yang dihormati oleh masyarakat setempat. – HARAKAHDAILY 21/5/2017

Pastiperok 2