Manfaat air putih

AIR merupakan sumber utama bagi setiap kehidupan di dunia ini. Terdapat pelbagai jenis air yang boleh didapati di atas muka bumi ini. Air putih atau lebih dikenali sebagai air masak adalah salah satu sumber yang boleh dijadikan bahan minuman. Air putih mempunyai pelbagai manfaat di dalam dunia ini. Air putih dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit berbahaya atau mencegah penyakit yang tidak diingini. Perlu diketahui tubuh badan kita terdiri lebih daripada 70% cecair yang mana keperluannya tehadap cecair sangat tinggi. Manfaat air dalam badan kita tentu tidak dapat digantikan oleh mekanisme-mekanisme lain. Cecair ini mampu kita dapatkan dengan mengambil air putih yang cukup. Air Putih merupakan minuman yang paling sihat dan tidak berbahaya kerana diperlukan setiap hari oleh tubuh kita untuk menjaga kesihatan.

Advertisement

Manfaat Air Putih sangatlah banyak, jika dihuraikan satu per satu mungkin tidak akan habis. Manfaat yang sering dirasakan mungkin hanya menghilangkan haus pada waktu siang atau malam. Tambahan pula, air putih juga dapat memberikan impak yang positif terhadap kesegaran tubuh kita. Manfaat air putih untuk tubuh manusia memang tidak perlu diragukan lagi. Berikut adalah beberapa manfaat air putih yang secara tidak terduga memiliki peranan vital terhadap keberlangsungan hidup manusia.
    
Manfaat paling utama air putih adalah sebagai penghilang dehidrasi dan haus. Apakah yang akan terjadi jika kita tidak minum air putih? Tentu akan terjadi dehidrasi atau kekurangan cecair yang akan menyebabkan tubuh menjadi lemas. Minum air putih dengan banyak mampu menghilangkan dan mencegah terjadinya dehidrasi. Selain itu, Air putih juga mampu menjaga keseimbangan cairan dalam tubuh. Sekitar 60 % daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Minum air secukupnya akan mempertahankan keseimbangan cairan badan, membantu transportasi nutrisi dalam badan, mengatur suhu badan, mencerna makanan, dan banyak lagi.
    
Bukan itu sahaja, air putih dapat mengawal kalori dan menurunkan berat badan. Apa hubungan kalori, berat badan, dengan minum air putih yang banyak? Penelitian menemukan bahawa terdapat hubungan antara konsumsi air putih dengan penurunan berat badan. Apa penyebabnya? cuba latih minum air sebelum makan. Air akan membantu orang merasa kenyang dan sebagai hasilnya mengkonsumsi kalori lebih sedikit yang memberi kesan pada penurunan berat badan. Air putih juga dapat meningkatkan tenaga. Apakah yang akan terjadi jika anda tidak mengambil air secukupnya lebih-lebih lagi ketika olahraga? Kesan pertama yang akan dirasai sudah tentu adalah lelah. Otot yang kekurangan air tidak akan dapat bekerja optimal yang menyebabkan terjadinya kelelahan.
    
Kemudian, minum air putih juga membantu mengeluarkan racun dalam badan. Bagaimana boleh kita berpeluh atau buang air kecil tanpa bantuan air? Padahal kedua-dua proses ini adalah salah satu mekanisme badan dalam membantu menghilangkan racun. Air putih dapat membantu mengeluarkan cairan peluh yang mengurangi risiko batu ginjal dan jangkitan saluran kencing. Air putih ini juga mampu melembabkan kulit, membuatnya terus segar, lembut, bercahaya dan halus. Racun dalam badan dapat memiliki jangkitan yang boleh menyebabkan kulit meradang dan menyebabkan liang-liang tersumbat dan akhirnya akan menyebabkan jerawat. Mengambil air ini dapat meningkatkan proses pengeluaran racun melalui peluh secara lancar yang akhirnya dapat membuat kulit halus dan cerah.
    
Pernah mendengar penyakit batu karang? Penyebab utamanya adalah kekurangan cairan atau yang sering kita dengar dengan istilah kurang minum. Perlu kita ketahui, ginjal memproses 200 liter darah setiap hari, menapis keluar kotoran dan mengangkut urin ke kandung air kencing. Namun, ginjal memerlukan cairan yang cukup untuk membersihkan apa yang tidak diperlukan dalam badan. Air putih adalah kunci atau senjata utamanya. Selepas itu, air putih juga dapat meningkatkan produktiviti bagi menjamin kesihatan badan. Minum segelas air putih dapat membantu meningkatkan fokus dan mengembalikan tenaga agar dapat kembali bekerja secara normal dan tinggi keyakinan diri. Sehubungan itu, sudah menjadi rahsia umum bahawa manfaat minum air putih adalah untuk mencegah penuaan awal. Minum air putih yang banyak dapat mengeluarkan racun dalam badan yang dapat mengetatkan kulit, mengecilkan liang-liang dan akan terpelihara daripada penuaan awal. Tidak hairan bahawa rahsia awet muda para selebriti Malaysia ataupun dunia adalah minum air putih secara teratur dan secukupnya.
    
Mengembalikan mood atau mood booster datang melalui air putih ini juga. Jika berlaku tekanan atau tiada mood terhadap pekerjaan, atau masalah rumah tangga, cubalah minum segelas air putih yang dapat membantu anda mengembalikan mood dan kembali segar. Minum air putih minimum 2 liter satu hari dapat meningkatkan fungsi otak. Air akan membantu meningkatkan konsentrasi dan kelancaran sistem saraf di otak. Anda pernah demam? Berdasarkan pengalaman saya sendiri jika saya demam sangat jarang pergi ke klinik. Perkara yang saya akan lakukan adalah meminum air putih dengan banyak secara rutin. Perjam diusahakan minum air putih beberapa gelas. Hal ini akan membuat kita sering buang air kecil dan demam akan pulih dalam masa satu atau dua hari.

Air putih ini mampu melawan beberapa penyakit bagi memastikan tubuh badan yang sihat. Penyakit yang biasa dapat diubati ialah panas dalam, sakit tekak, melancarkan sistem peredaran darah dan mengubati sakit kepala dan migrain. Air dapat membantu meningkatkan dan memlancarkan sistem peredaran darah manusia. Pengambilan air akan membantu dalam proses transportasi dalam tubuh manusia. Jika anda mengalami sakit kepala atau migrain, hal pertama yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan bantuan adalah minum banyak air.

Sakit kepala dan migrain sering disebabkan oleh dehidrasi atau kekurangan cairan dalam tubuh. Sebagai konklusi, umat Islam bakal menyambut Ramadan tidak lama lagi. Oleh itu, masyarakat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan bagi memenuhi tuntutan syarak. Air putih adalah air paling sesuai untuk dijadikan bahan minuman bagi mengekalkan tenaga sepanjang satu hari berpuasa. – HARAKAHDAILY 23/5/2017

Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)