PAS Sabah: Selamat jalani ibadah di bulan Ramadan

SABDA Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

Advertisement

إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ

“Apabila Ramadhan telah tiba, maka pintu-pintu syurga akan dibuka, lalu pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun akan dirantai.” (Riwayat Imam Muslim Dalam Sahihnya; Kitab Puasa)

UMustaqimAlhamdulillah Ramadan bakal menjelma. Bulan yang menjadi medan ibadah yang dijanjikan oleh Allah Taala buat insan yang beriman.

Rebutlah kesempatan bulan Ramadan kali ini untuk kita sebagai umat Islam membentuk kualiti ibadah, kebaikan akhlak, dan membina semangat perjuangan bagi memastikan Islam sentiasa dijulang.

Mewakili barisan kepimpinan Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah, saya mengucapkan “Selamat Menjalani Ibadah Di Bulan Ramadan” buat seluruh umat Islam khususnya di negeri Sabah. Semoga Allah mengurniakan kita kesihatan berpanjangan dan kesejahteraan hidup.

Jadikanlah Ramadan kali ini sebagai pembakar semangat kita umat Islam untuk terus membela agama Allah ini agar ia membawa keamanan dan kesejahteraan buat seluruh umat manusia. Akhirnya semoga negeri Sabah tercinta menjadi “Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghafur” iaitu negeri sejahtera yang diredhai Allah Taala.

USTAZ MUSTAQIM ALING
Ketua
Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah
25 Mei 2017M / 28 Syaaban 1438H – HARAKAHDAILY 25/5/2017