Ziarah Kasih Ramadhan di Hospital Umum Sarawak

DEWAN Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya (DMPKPJ) telah berjaya melaksanakan satu program yang dinamakan “Ziarah Kasih Ramadhan” melalui edaran kuih dan buah kurma sempena kedatangan bulan Ramadhan bertempat di Hospital Umum Sarawak (HUS), semalam.

Advertisement

Turut bersama dalam program tersebut, Puan Habsah Bujang selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya bersama AJK yang lain. Komitmen yang diberikan oleh semua ahli Dewan Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya terhadap program bersifat komuniti rakyat ini, menunjukkan Muslimat PAS mesra dan cakna kepada rakyat.

Turut diedar bersama, kalendar berbuka puasa yang diterbitkan oleh Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang juga merupakan salah satu institusi pendidikan kelolaan Dewan Pemuda PAS. Ini adalah sebagai tanda sokongan Dewan Muslimat PAS terhadap sistem pendidikan yang dibuat oleh PASTI itu sendiri yang mana pendidikan PASTI adalah berteraskan Rabbaniyah dan Islamiyyah.

Sebanyak 100 kotak kuih muih serta buah kurma telah diedarkan kepada semua staf, pesakit dan ahli keluarga, juga kakitangan yang berada di hospital tersebut. Para penerima, menerima baik sumbangan yang diberikan oleh Dewan Muslimat PAS. Hal ini menunjukkan masyarakat tidak lagi bersifat ‘alergic’ terhadap PAS itu sendiri malahan dapat menerima baik kehadiran dan kunjungan daripada Muslimat PAS.

“Ramadhan Kareem”. Dewan Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya dengan ini amat mengharapkan agar Ramadhan kali ini menjadi madrasah bagi ibu-ibu dan seluruh kaum muslimat untuk meraih lebih banyak pahala dan barakah yang terkandung di dalamnya.