Moga tiada lagi cubaan seumpama ini

BERULANGKALI pernah diingatkan oleh pelbagai pihak bahawa dalam negara kita yang berbilang kaum dan agama semua pihak perlu sensitif menghormati adat dan kepercayaan pihak yang lain.

Advertisement

Tambah Islam sebagai agama Persekutuan dan anutan majoriti rakyat di Malaysia.

The Star dalam permohonan maaf muka depannya menyebut tiap-tiap tahun menjadi tradisi akhbarnya memang memaparkan gambar muka depan umat Islam menunaikan solat tarawih pada malam satu Ramadan.

Akan tetapi katanya kebetulan “lead story” pada hari berkenaan adalah mengenai seorang pemimpin pengganas dari Malaysia.

Langsung dipaparkan gambar dan tajuk berkenaan bersekali di muka utama tabloidnya.

Sebagaimana Nanyang akhbar The Star menyatakan kekesalan atas tindakannya yang telah melukai perasaan umat Islam itu.

Sesiapa yang memohon maaf khasnya dalam bulan Ramadan yang mulia ini kita boleh maafkan walau kecewa.

Namun sebagaimana amaran yang PAS keluarkan melalui Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan: “Semua pihak diseru berhenti dari melakukan sebarang percubaan untuk menguji kesabaran ummat Islam”.

Semoga tiada lagi cubaan seumpama ini oleh mana-mana pihak sekalipun. – HARAKAHDAILY 29/5/2017