DHPP Kakus ketuai Ziarah Gawai PAS Bintulu

SETELAH Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Dun Kakus ditubuhkan secara rasmi pada bulan Mei yANg lepas, ahli-ahli jawatankuasa kerja DHPP Kakus terus bergiat aktif merancang program dan pertemuan dengan masyarakat bukan Islam terutama Iban.

Advertisement

Mereka dengan proaktif telah memulakan gerak kerja dalam menerangkan dan memperkenalkan DHPP kepada masyarakat Iban dan pada masa yang sama mendapatkan seramai mungkin keahlian.

Hasilnya, dapat dilihat melalui sambutan yang baik daripada masyarakat Iban terhadap PAS.

Terbaharu, sempena perayaan Hari Gawai tahun ini, Timbalan Ketua DHPP Sarawak, Saudara Achau anak Mujah dan beberapa ahli DHPP Kakus mengadakan ziarah Gawai ke beberapa rumah panjang di DUN Kakus dan menyampaikan sumbangan hamper Gawai.

Gerak kerja dan komitmen mereka ini sememangnya boleh dibanggakan atas hasil inisiatif mereka sendiri.

Hal ini selaras dengan prinsip budaya politik matang dan sejahtera, yang membuktikan bahawa walaupun PAS membawa agenda Islam namun tidak sekali-kali membelakangkan perayaan kaum di Sarawak.

Malahan, PAS Sarawak turut mengangkat dan memartabatkan ahli-ahli DHPP sebagai anggota penting dalam pergerakan PAS.