Ada apa dengan PAS Sarawak

“DAN katakanlah, “Bekerjalah kalian, sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya serta orang beriman akan melihat kerja kalian. Dan kalian akan dikembalikan kepada Allah Yang Maha Mengetahui yang Ghaib dan yang Nyata, lalu diberitakan kepada kalian di atas apa yang kalian kerjakan”. (Surah At-Taubah 105)

Advertisement

Ramadan kembali hadir menemui kita dalam sedar dan tidak sedar. Kedatangan bulan yang penuh dengan keberkatan ini menuntun orang yang beriman memulakan “projek mencapai taqwa” menerusi amal soleh sepanjang bulan yang diturunkan al-Quran ini.

“Projek Takwa” bagi ahli PAS menjelang Ramadan terdiri daripada beberapa projek imarah (memakmurkan) masjid surau dengan amal fardi (individu) juga termasuk berlumba mencari ruang kerja kebajikan buang seluruh masyarakat tidak kira latar belakang agama dan bangsa.

Bahkan sebelum tiba Ramadan, ahli PAS seluruh pelusuk negara akan sibuk merangka pelan bagi mengisi aktiviti dakwah dan kebajikan dalam bulan Ramadan.

PAS Sarawak turut menjadikan Ramadan peluang terbaik untuk bersama masyarakat Sarawak yang berbilang bangsa dan agama. Ahli PAS di seluruh Sarawak sibuk menyusun jadual program kebajikan termasuk sumbangan barangan keperluan harian kepada asnaf, program edar bubur lambuk, tazkirah (ucapan) sepanjang Ramadan, tadarus al-Quran, singgah sungkei (edaran bungkusan makanan berbuka) dan singgah sahur.

PAS Sarawak hadir bagi menzahirkan Islam sebagai agama rahmat buat semua masyarakat Sarawak. Islam sebagai agama harmoni yang berbuat baik kepada seluruh manusia. Islam sebagai penyelamat dan penyelesaian kepada permasalahan manusia.

Kami kawan kamu
Kami teman kamu
Kami bebakti utk kamu…
Rakyat Sarawak

Semoga ruang kebajikan pada dalam bulan Ramadan menjadi ruang kuat dakwah bagi kami untuk melihat Islam kembali gemilang di Bumi Kenyalang yang tercinta ini.

MUHAMMAD AFIQ MHD KHAZAR
Ketua Penerangan PAS Sarawak – HARAKAHDAILY 3/6/2017