Sedekah dan tadarus

Az-Zuhri dan lainnya telah berkata, dari Ubaidillah bin Abdullah dari Ibnu Abbas Rha katanya:

Advertisement

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ

Rasulullah SAW adalah seorang yang paling pemurah dari kalangan manusia. Ia lebih pemurah di bulan Ramadhan. Ketika Jibril bertemu dengannya setiap malam di bulan Ramadhan, Baginda SAW bertadarrus al Quran dengannya. Rasulullah SAW paling lembut (mudah melakukan kebaikan) berbanding angin yang berhembus. (Riwayat Imam Al Bukhari)

Wahai Pejuang…inilah keperibadian Rasulullah saw yang perlu kita contohi. Hiasi diri kita sebagai pejuang Islam dengan sikap  suka bersedekah dan mempelajari Al-Quran serta mengajarkannya kepada pihak lain. Tentu sahaja Ramadhan adalah kesempatan terbaik untuk kita gandakan sedekah dan tadarrus al-Quran. Sedekah menyuburkan rezeki kita dan membaca Al-Quran menenangkan jiwa kita.

Siiru A’la BarakatilLah