Krisis FGV: Peneroka Felda perlu pertahan Zakaria

SUDAH hampir seminggu ribut kecil melanda FGV dan sangat meresahkan rakyat Malaysia terutamanya warga Felda. Hari ini ribut sudah bertukar taufan. Apakah pula penangan Isa Samad kali ini.

Advertisement

Sebelum ini angin krisis ini cuba disembunyikan oleh Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Abdul Samad, hari ini sudah terpampang di dada berita perdana tentang Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad diarahkan bercuti.

Berita Harian telah menyiarkan secara langsung temubual terkini mengenai desakan Pengerusi FGV terhadap Zakaria agar meletakan jawatan. Sehari sebelum itu Datuk Zakaria, seorang anak peneroka dari Negeri Sembilan yang di lantik pada 1 April 2016 cuba mempertahakan tindakanya untuk tidak mengiakan desakan ini.

Sebelum ini pun saya pernah menulis meragui pelantikan ini selagi Tan Sri Isa masih berada di kedudukan Pengerusi Felda. Presiden sebelum ini Datuk Mohd Emir Mawani juga mengalami nasib yang sama apabila gagal melaksanakan pembelian 37 peratus saham Pt Eagle High Plantation (EHP) kerana akur desakan pemegang saham FGV.

Pengerusi Felda tidak berani waktu itu untuk terus mendesak FGV menjayakan pemilikan ini, lalu beliau sebelum dipecat dari Pengerusi Felda telah berjaya mengarahkan Felda membeli 37 peratus kepentingan anak syarikat Rajawali Group milik rakan Datuk Seri Najib.

Pembatalan beberapa urusniaga dengan Syarikat dari China juga antara tindakan Zakaria yang menyebabkan Tan Sri Isa mengamuk. Ramai bekas kakitangan Felda mengagap Isa gagal memperkudakan Datuk Zakaria dalam beberapa keinginan beliau dijayakan.

Arahan bercuti serta merta ini dikaitkan dengan Zakaria sedang disiasat berhubung tunggakan bayaran daripada syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.

NarazaNamun ini kami anggap sebagai alasan teknikal untuk menghalalkan tindakan Isa Samad terhadap desakan pemecatan Zakaria daripada jawatan sekarang.

Dengan apa yang berlaku kepada Felda sejak Isa Samad dilantik menjadi Pengerusi Felda pada tahun 2011 sehingga di pecat awal tahun ini, peneroka Felda perlu menyokong dan berdiri teguh di belakang Zakaria kerana beliau cuba memacu dan membawa FGV ke landasan betul dengan apa yang dialami FGV sejak disenaraikan di BSKL.

Kami semua warga Felda menyokong Datuk Zakaria untuk terus mengekalkan kedudukannya dan kami MENDESAK ISA SAMAD yang sepatutnya disingkirkan. Kami akan bersolidariti mempertahankan anak Felda.

NARAZA MUDA
Aktivis Membela Peneroka Felda
6 Jun 2017 – HARAKAHDAILY 6/6/2017