Isa Samad individu bermasalah yang mesti diundurkan

REKOD ‘merah’ kemerosotan, skandal dan kacau bilau melanda ke atas Felda dan entitinya adalah berpunca dari individu bermasalah yang menjawat kedudukan di agensi itu. Bahkan, individu sama ketika menjawat kedudukan Menteri Besar negeri Sembilan juga tidak membawa sebarang pencapaian kepada negeri ini.

Advertisement

Hakikatnya, Tan Sri Isa Samad menggunakan kedudukannya sebagai peluang untuk kepentingan peribadi dan kemuncak masalah dibuktikan apabila beliau disabit dengan kesalahan politik wang oleh partinya. Maka, beliau perlu diundurkan segera dari terus menghadirkan masalah berpanjangan.

WhatsApp Image 2017 06 16 at 6.13.46 PMAnak muda Negeri Sembilan melihat beliau perlu direhatkan dari sebarang urusan berkait kepentingan negara dan rakyat kerana terbukti tidak jujur dan tekun. Kedudukan hanya menjadi muslihat dan imbal balas untuk memenuhi nafsunya yang tidak pernah puas di mana kini menerbitkan kejahatan lain pula.

Selepas rakyat Negeri Sembilan, kemudian para peneroka Felda di seluruh negara, kini ancaman beralih kepada pengurusan tertinggi agensi itu. Ia tidak boleh ditangguhkan lagi, Isa Samad mesti segera diundurkan sebelum keadaan menjadi lebih parah dan membawa bencana serta kemusnahan skala besar.

Segala nilai profesionalisme dan disiplin telah dihancurkan oleh keangkuhannya mempertahankan kedudukan yang sudah tentunya diperkukuh oleh sokongan politik tertentu. Beliau sememangnya tidak bertanggungjawab dan tidak sepatutnya diberi tanggungjawab atas rekod yang telah diciptanya.

Transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak mungkin tercapai di Felda selagi adanya individu seperti Isa. Jika Najib tiada keberanian untuk mengundurkan Isa, maka bersedia hadapi keberanian anak muda mengundurkannya dari Putrajaya.

WAN NORDIN WAN YAACOB
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan
16 Jun 2017 | 21 Ramadan 1438 – HARAKAHDAILY 16/6/2017