PAS Perak sampaikan sumbangan untuk staf negeri

KAKITANGAN Pejabat Perhubungan PAS Perak telah menerima kunjungan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pemuda PAS Perak sempena penyampaian sumbangan Aidilfitri 2017.

Advertisement

Kunjungan itu turut disertai Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri bersama Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Perak, Abdul Manaf Ismail di Pejabat Perhubungan PAS Perak di Medan Istana, hari ini.

Menurut Manaf, sumbangan yang diberikan hasil daripada pelbagai pihak untuk menghargai segala gerak kerja parti tanpa mengira masa dan ketika.

Tambahnya, dalam kalangan mereka sanggup memberikan komitmen setiap program dan gerak kerja PAS walaupun pada waktu luar operasi pejabat.

Sementara itu, Ustaz Hafez Sabri berkata kakitangan Pejabat Perhubungan PAS Perak sentiasa memberikan khidmat terbaik dalam memastikan perjalanan pengurusan parti berjalan dengan baik.

“Pemuda PAS Perak menghargai golongan murabitun PAS yang terus memberikan khidmat walaupun terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga.

“Senyuman yang menghiasi wajah-wajah mereka menjadi pemangkin kepada anak muda agar tidak pernah berputus asa menjadi tulang belakang dalam gerak kerja dakwah.

“Terima kasih kepada semua penyumbang yang prihatin dan memberikan kepercayaan menyampaikan sumbangan serta bantuan bagi memerlukan,” ujarnya.

Kakitangan Pejabat Perhubungan PAS Perak mempunyai tujuh orang merangkumi Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Ulamak dan Pegawai Penerangan & Hubungan Media. – HARAKAHDAILY 22/6/2017

PPsumbang 3

PPsumbang 2