PERANTAU hadiahkan motorsikal kepada Pengedar Harakah “Bertuah”

hadiah motor

Berita “Sang Mustaddh’afin Pak Yahya ‘beri hutang demi jual harakah” yang disebut satu-satunya warga emas yang cekal mengedar harakah di Kulim telah menarik perhatian Persatuan Anak Terengganu diPerantauan (Perantau).

Advertisement

Perantau turut merasa kagum melihat kegigihan dan kecekalan Yahya Nayan, 60 seorang yang dalam kategori miskin, masih mengambil dan menghantar Harakah disetiap keluaran berbekalkan sebuah motorsikal lama malah sanggup memberi hutang akhbar harakah kepada pelanggan demi perjuangan mengedarkan akhbar Harakah.

motorDiatas rasa tanggungjawab bersama membantu insan yang hebat seperti Pak Yahya membangkitkan kesedaran agar ramai lagi yang mencontohi apa yang telah dilakukannya terutama dikalangan generasi muda, Persatuan Anak Terengganu diPerantauan (Perantaua) mengusahakan agar sebuah motorsikal  dihadiahkan kepada beliau bagi memudahkan kerja-kerjanya selepas  ini.

Berkat bulan Ramadhan 1438H yang berbaki beberapa hari sahaja lagi menjelang 1hb Syawal tahun ini, usaha ini telah dimakbulkan Allah SWT bila satu majlis penyerahan motorsikal tersebut akan dilakukan sendiri oleh Presiden Perantau, Prof Dr Kamaruzaman Yusof pada hari Khamis, 22hb Jun, 2017 bertempat di Masjid Al-Azim Kg Bikam, Kulim Kedah.

hadiah motorProgram ini akan dilakukan pada jam 6 petang sebelum berbuka puasa bersama dengan Perantau dan kariah masjid pada petang tersebut. Manakala pada sebelah malamnya, Professor Dr Kamaruzaman juga akan menyampaikan tazkirah ringkas bertajuk, Pemulauan Qatar : Apa Agenda Sebenar ? selepas sholat tarawikh. 

Perantau merakamkan berbanyak terimakasih kepada penderma dan penyumbang yang budiman bagi menjayakan program ini dan semoga Allah memberikan ganjawaran yang sewajarnya lebih-lebih lagi pada 10 hari terakhir Ramadhan Al-Mubarak ini.