PAS Putatan terus santuni warga Pulau Gaya

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Putatan meneruskan misi kebajikan sempena Hari Raya Idul Fitri. Serahan sumbangan barangan keperluan harian dilakukan di Kampung Lok Kurai Sallangan Pulau Gaya diwakili oleh Arwin Azhad, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Putatan, Dewan Muslimat PAS Putatan dan NGO Islam.

Advertisement

Dalam program tersebut, seramai 25 buah keluarga menerima perhatian dan bantuan daripada PAS Putatan. Kedatangan PAS Putatan di Pulau Gaya sudah tidak asing bagi masyarakat setempat. Sambutan yang diberikan sangat menggalakkan. “PAS tetap peduli rakyat, tidak kira kalau ataupun menang,” itu antara kata-kata yang diungkapkan oleh orang kampung di Pulau Gaya.

PAS dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) akan terus membela nasib rakyat tanpa mengira kaum dan agama, tegas Hamid Ismail, Penyelaras PAS DUN Tanjung Aru, ketika ditemui.

Misi kebajikan di Pulau Gaya adalah antara siri gerak kerja PAS Putatan yang berterusan selama ini. Rakyat semakin bijak menilai parti mana yang benar-benar memperjuangkan nasib marhaen, bukan hanya retorika semata-mata, tambah Hamid. – HARAKAHDAILY 2/7/2017

pulau gaya 4

pulau gaya 3

pulau gaya 2