GLC, syarikat swasta wajar contohi CIMB

PENGENALAN cuti bersalin (paternity leave) selama sebulan bergaji oleh CIMB kepada para suami yang menerima kelahiran pertama menjadi usaha menyumbang kepada kesejahteraan dan kualiti hidup. Ia langkah yang wajar dicontohi GLC dan syarikat swasta lain dalam mengukuhkan lagi institusi keluarga dalam negara.

Advertisement

khairilPemberian cuti sedemikian wajar agar suami sendiri dapat memberi tumpuan kepada isteri dan anak, selain mengurangkan ‘penswastaan’ penjagaan. Ia menjadi ‘pengalaman pertama’ terpenting sekali gus menjadi perspektif dan penanda aras hala tuju serta pembawaan kelangsungan keluarga bahagia yang menjadi fitrah manusia.

Apatah lagi dalam tempoh tersebut selalunya perlu menjalani beberapa disiplin dan rutin selain rujukan pemeriksaan perubatan berkaitan. Ia masa berkualiti yang sukar dibeli dan menjadi pengikat kasing sayang pasangan serta menceriakan keluarga. Kelak semua ini menumbuhkan masyarakat madani yang diimpikan.

Oleh itu, tujuan pembentukan keluarga yang antaranya menekankan kehadiran sakinah, mawaddah dan rahmah akan tercapai dari inisiatif, insentif dan keprihatinan seperti dilaksanakan CIMB. Lebih lagi di era ini yang mencatatkan statistik tinggi perceraian, kes seperti rempit, dadah, kelahiran luar nikah dan sebagainya.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
7 Julai 2017 | 13 Syawwal 1438 – HARAKAHDAILY 7/7/2017