Iskandar lawat tapak kebakaran Kg Hidayat

lawat

NAIB Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad melawat tapak kebakaran Kampung Hidayat tengah hari, semalam.

Advertisement

Beliau diiringi  AJK PAS Pusat merangkap YDP PAS Kawasan Tawau Muhamad Husain berserta beberapa  AJK PAS Kawasan Tawau.

Iskandar turut melawat Pusat Bantuan Bencana Kampung Hidayat dan mendapat penerangan  dari pegawai yang bertugas berhubung situasi yang berlaku.

Beliau menggesa orang ramai di mana saja berada sama ada di Sabah mahupun di Semenanjung agar memberikan bantuan kepada mangsa.

“Mangsa amat-amat memerlukan bantuan, ini kerana mereka telah kehilangan segala-galanya.

“Selaku Ketua Pengarah Khidmat Malaysia saya akan membuat kutipan untuk diberikan kepada PAS Tawau dan Jabatan Amal dan untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa kebakaran,” ujarnya.

Dalam kejadian 1 Julai lalu, 261 buah rumah musnah terbakar dan hampir 2,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

lawat2

lawat3