Bekas pemimpin PKR dilantik senator Kelantan

BEKAS anggota parlimen Peringat (1999) yang mewakili PKR ketika itu, Ustaz Muhamad Mustafa 59, dipilih sebagai Ahli Dewan Negara bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) mengantikan Datuk Dr Johari Mat.

Advertisement

UsMohamadMNama beliau dicadangkan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob pada persidangan Dun pagi tadi, kemudian disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

“Saya mencadangkan Muhamad Mustafa dipilih sebagai Ahli Dewan Negara untuk mewakili Dun Kelantan di Dewan Negara,” katanya.

Ustaz Muhamad pernah mengetuai Parti Keadilan Nasional Kelantan ketika peringkat awal parti itu ditubuh.

Sebelum itu bertugas sebagai pensyarah di Akademi Islam Universiti Malaya di Nilam Puri. Beliau juga bekas Yang Dipertua ABIM Kelantan.

Dr Johari Mat yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan mengakhiri jawatan sebagai Ahli Dewan Negara berakhir pada 7 Julai lalu. – HARAKAHDAILY 11/7/2017